Ada sesetengah masjid atau surau, lepas isyak akan baca surah al-Mulk.
Tiba-tiba terdetik, nak tadabbur Surah ni.
Alang-alang dah baca setiap malam, mestilah nak fahamkan?
Macam biasa, kita pun bukalah channel Youtube Ustaz Muein untuk tadabbur Surah al-Mulk.
Dalam siri video ni, ustaz mulakan persoalan, kenapa perlu tadabbur? Apa hukum tadabbur?
Dan jawapan ustaz agak tegas iaitu wajib.
Sekali dengar mungkin kita akan rasa tak setuju kan? Tapi kalau kita ikuti pengajian beliau lebih lama, kita akan faham konteks kenapa beliau beranggapan begitu.
Jadi, untuk mencari jawapan yang lebih harmoni, saya pun buat carian. Maka jumpalah artikel Dr Zulkifli al-Bakri; AL-KAFI # 1549: HUKUM MEMBACA AL-QURAN TANPA TADABBUR.
Daripada artikel inilah, saya mula tertarik nak faham lebih mendalam ayat ke-29 Surah Sad ini.
كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌۭ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ
Maksudnya:
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
(Surah Sad:29)
Leave a Reply